Senarai Terbitan

Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 1 Keutamaan Puasa & Ramadan
KATA ALU - ALUAN KETUA PENGARAH JAKIM

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memiliki dan menguasai sekalian alam. Selawat dan salam dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ,keluarga, para sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariat-Nya sehingga hari kiamat. Alhamdulillah, saya bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penulis dan semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan buku himpunan hadith-hadith sahih yang akan dikeluarkan secara bersiri ini. Semoga dengan himpunan hadith-hadith sahih ini menjadi pedoman dan rujukan kepada masyarakat dalam menjalani amal ibadah dengan penuh keyakinan. Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga Allah SWT memberikan taufik dan inayah-Nya agar kita semua digolongkan dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa.
>