Soal Jawab

Assalamualaikum. Jika wanita berhadas suci kenapa tak boleh melakukan ibadat? Boleh tolong jelaskan? Confused ler
Ulama sependapat tentang dibolehkan berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan selain daripada ayat-ayat al-Qur`an tanpa disyaratkan taharah. Imam al-Nawawi berkata: “Telah ijma’ bahawa harus tasbih, tahlil, takbir, tahmid dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. serta zikir-zikir lain yang bukan daripada al-Qur`an bagi orang-orang yang berjunub dan haid. (al-Majmu’ Bi Sharh al-Muhazzab, jil. 2, hal. 164)Namun ulama berbeza pendapat dalam kes membaca al-Qur`an bagi orang yang berjunub terutamanya wanita yang datang haid. Pendapat yang umum diterima dalam masyarakat kita ialah pendapat yang mengharamkannya kerana melihat kepada kehormatan dan kesucian al-Qur`an.Wallahu a'lam.
>