Soal Jawab

apa maksud sutrah?
Waalaikumussalam,Sutrah
bermaksud sekatan ataupun halangan. Dalam Lisanul ‘Arab menyatakan
maknanya dari segi bahasa bermaksud apa sahaja yang dapat menghalangi. Manakala
dalam Mu’jam Mustalahat  Fiqhiyyah,
sutrah bermaksud: “Meletakkan sesuatu dihadapan orang yang sedang solat apa
yang diantaranya dan orang yang melintas dihadapannya.” Ia bermaksud satu tanda
pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang dihadapannya.
Para ulama menyebutkan beberapa hikmah sunnahnya meletakkan sutrah, diantaranya
adalah: i-              Lebih menjamin terpeliharanya
pandangan mata daripada sesuatu dihadapan sutrah yang akan menganggu
kekhusyukkan dan daripada melihat ke arah tempat sujudnya.  









ii-             Mencegah dosa bagi seseorang yang
melalui di hadapan orang yang sedang melaksanakan solat.Wallahu a'lam.
>