Soal Jawab

Sutrah itu ape?
Waalaikumussalam,Sutrah bermaksud sekatan ataupun halangan. Dalam Lisanul ‘Arab menyatakan maknanya dari segi bahasa bermaksud apa sahaja yang dapat menghalangi. Manakala dalam Mu’jam Mustalahat  Fiqhiyyah, sutrah bermaksud: “Meletakkan sesuatu dihadapan orang yang sedang solat apa yang diantaranya dan orang yang melintas dihadapannya.” Ia bermaksud satu tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang dihadapannya. Para ulama menyebutkan beberapa hikmah sunnahnya meletakkan sutrah, diantaranya adalah: i-              Lebih menjamin terpeliharanya pandangan mata daripada sesuatu dihadapan sutrah yang akan menganggu kekhusyukkan dan daripada melihat ke arah tempat sujudnya.  ii-             Mencegah dosa bagi seseorang yang melalui di hadapan orang yang sedang melaksanakan solat.Wallahu a'lam.
>