Soal Jawab

hukum membaca al-quran bagi orang yang dalam keadaan haid, sebagai contoh seorang pelajar yang perlu tasmi kepada guru setiap minggu jika tidak markah boleh dipotong..apakah dibolehkan untuk menggunakan kaedah qiyas khafi?
Ulama sependapat tentang dibolehkan berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan selain daripada ayat-ayat al-Qur`an tanpa disyaratkan taharah. Imam al-Nawawi berkata: “Telah ijma’ bahawa harus tasbih, tahlil, takbir, tahmid dan selawat kepada Rasulullah SAW serta zikir-zikir lain yang bukan daripada al-Qur`an bagi orang-orang yang berjunub dan haid. (al-Majmu’ Bi Sharh al-Muhazzab, jil. 2, hal. 164)Namun ulama berbeza pendapat dalam kes membaca al-Qur`an bagi orang yang berjunub terutamanya wanita yang datang haid. Pendapat yang umum diterima dalam masyarakat kita ialah pendapat yang mengharamkannya kerana melihat kepada kehormatan dan kesucian al-Qur`an. Wallahu a'lam.
>