Soal Jawab

bolehkan wanita yang berhadas membaca alquran?
Ulama sependapat tentang dibolehkan berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan selain daripada ayat-ayat al-Qur`an tanpa disyaratkan taharah. Imam al-Nawawi berkata: “Telah ijma’ bahawa harus tasbih, tahlil, takbir, tahmid dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. serta zikir-zikir lain yang bukan daripada al-Qur`an bagi orang-orang yang berjunub dan haid. (al-Majmu’ Bi Sharh al-Muhazzab, jil. 2, hal. 164)Namun ulama berbeza pendapat dalam kes membaca al-Qur`an bagi orang yang berjunub terutamanya wanita yang datang haid. Pendapat yang umum diterima dalam masyarakat kita ialah pendapat yang mengharamkannya kerana melihat kepada kehormatan dan kesucian al-Qur`an.Wallahu a'lam.
>