Soal Jawab

adakah hadis berkenaan kelebihan umrah pada bulan Ramadhan?
Antara kelebihannya::عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:لَمَّا رَجَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حَجَّتِهِ قَالَ لِأُمِّ سِنَانٍ الْأَنْصَارِيَّةِ مَا مَنَعَكِ مِنْ الْحَجِّ قَالَتْ أَبُو فُلَانٍ تَعْنِي زَوْجَهَا كَانَ لَهُ نَاضِحَانِ حَجَّ عَلَى أَحَدِهِمَا وَالْآخَرُ يَسْقِي أَرْضًا لَنَا قَالَ: فَإِنَّ عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ تَقْضِي حَجَّةً أَوْ حَجَّةً مَعِي.متفق عليه.Maksudnya:Daripada Ibnu 'Abbas RA, beliau berkata: "Ketika Nabi SAW kembali daripada mengerjakan hajinya, baginda berkata kepada Ummu Sinan Al Anshariyyah: "Apa yang menghalangimu untuk menunaikan haji?". Wanita itu menjawab: "Bapa si fulan, yang dia maksudkan adalah suaminya yang memiliki dua ekor unta yang salah satunya sering digunakan untuk menunaikan haji sedangkan unta yang satunya lagi digunakan untuk menyiram tanaman buat kami". Kemudian Baginda bersabda: " 'Umrah pada bulan Ramadhan sebanding dengan (pahala) haji atau haji bersamaku." (Muttafaqun 'Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, no. 1863, Muslim, no. 1526)
>