Soal Jawab
Assalamualaikum wbt nak tanya sutrah ni apa ye |
---|
Sutrah bermaksud sekatan ataupun halangan. Dalam Lisanul ‘Arab menyatakan maknanya dari segi bahasa bermaksud apa sahaja yang dapat menghalangi. Manakala dalam Mu’jam Mustalahat Fiqhiyyah, sutrah bermaksud: “Meletakkan sesuatu dihadapan orang yang sedang solat apa yang diantaranya dan orang yang melintas dihadapannya.” Ia bermaksud satu tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang dihadapannya. Para ulama menyebutkan beberapa hikmah sunnahnya meletakkan sutrah, diantaranya adalah: i- Lebih menjamin terpeliharanya pandangan mata daripada sesuatu dihadapan sutrah yang akan menganggu kekhusyukkan dan daripada melihat ke arah tempat sujudnya. ii- Mencegah dosa bagi seseorang yang melalui di hadapan orang yang sedang melaksanakan solat. Dalam Mazhab as-Syafii sutrah ini ada 4 turutan mengikut keutamaan dan keadaan iaitu: i.Dinding atau tiang mesjid ii.Tongkat atau kayu yang ditegakkan sekurang-kurangnya 46.5 cm iii.Sajadah yang dibentangkan iv.Garis yang digariskan di permukaan lantaiWaallahu a'lam. |