Soal Jawab

Wanita haid bole Tawaf haji @umrah tak
Tidak boleh tawaf melainkan dalam keadaan suci sebagaimana hadith:عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا نَذْكُرُ إِلَّا الْحَجَّ فَلَمَّا جِئْنَا سَرِفَ طَمِثْتُ فَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِي فَقَالَ مَا يُبْكِيكِ قُلْتُ لَوَدِدْتُ وَاللَّهِ أَنِّي لَمْ أَحُجَّ الْعَامَ قَالَ لَعَلَّكِ نُفِسْتِ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَإِنَّ ذَلِكِ شَيْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ فَافْعَلِي مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِيMaksudnya:Daripada ‘A`ishah katanya: “Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dengan tidak ada maksud lain kecuali untuk mengerjakan haji. Apabila kami sampai ke Sarif, saya didatangi haid. Selepas itu Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat penginapan saya dan pada ketika itu saya sedang menangis. Baginda bertanya: “Mengapa kamu menangis? Saya menjawab: “Demi Allah, saya suka sekali kalau tidak datang untuk mengerjakan haji pada tahun ini”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangkali kamu telah datang haid?”. Saya menjawab: “Ya”. Baginda bersabda: “Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang telah ditentukan Allah kepada anak-anak perempuan Adam. Hendaklah kamu mengerjakan apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji cuma kamu tidak boleh bertawaf di Baitullah sebelum kamu suci”. (Hadith riwayat al-Bukhari, no. 305, Muslim, no. 1211)Perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW daripada dilakukan oleh orang yang berhaid hanyalah tawaf. Sebab tawaf dikecualikan ialah kerana ianya sama seperti sembahyang dari segi kedua-duanya itu disyaratkan taharah. Wallahu a'lam.
>