Soal Jawab

Assalamualaikum, ada ingin bertanya tentang hadis berkenaan, sama ada benar atau tidak. Dari Abdullah bin Umar : bahawa Rasulullah pernah melihat ludah di dinding kiblat (masjid),lalu beliau menggosoknya (agar hilang),kemudian menghadap ke orang-orang dan bersabda " Apabila salah seorang di kalian shalat,janganlah meludah ke arah depan kerana Allah berada di hadapannya ketika seseorang sedang shalat" [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no 406, Muslim ni 547,An-Nasaai'iy ni 724, dan lainnya]
Ya, hadith tersebut terdapat dalam:1. Sahih al-bukhari, Kitab Solat, Bab Menghilangkan Kahak yang ada di Masjid dengan tangan, no hadith 406 2. Sahih Muslim, Kitab Masjid dan tempat solat, Bab Larangan meludah dalam Masjid, ketika solat dan selainnya, no. hadith 5473 Sunan al-Nasai, Kitab Masjid, Bab Larangan seseorang berludah ke arah kiblat Masjid, no. 724.4. Sunan Ibn Majah, Kitab Masjid dan berjemaah, Bab Makruh membuang kahak dalam masjid, no. hadirh 763.
>