Soal Jawab
salam ust . terima kasih kerana menyediakan platform ini . soalan saya adakah boleh kita lalu hadapan orang yg sdg solat ,sdgkan tiada sutrah yg diletakkan di hadapan orang yg sdg solat tersebut . kalau nak lalu jugak macam mana . syukran jazilan ust |
---|
Ada sebuah hadith larangan lalu di depan orang yang solat iaitu: لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَا ذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِيْنَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ. متفق عليه. Maksudnya: “Seandainya orang yang lalu di depan orang yang solat mengetahui apa (besarnya dosa) yang ditanggungnya, nescaya dia akan memilih berhenti menunggu selama tempoh 40, itu lebih baik baginya daripada lalu di depan orang yang solat.” (Muttafaqun ‘alayhi, hadith riwayat al- Bukhari, no. 510, Muslim, 507) Maksud 40 itu tidak dijelaskan di dalam hadith ini. Perawi hadith ini tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan adakah 40 hari, 40 bulan, atau 40 tahun. Dalam musnad Al-Bazzar mengatakan 40 tahun. Imam Al-Syaukani di dalam Nailul Authar dan al-Nawawi dalam syarahnya membahaskan bahawa yang diertikan dengan 40 itu menggambarkan betapa besarnya dosa tersebut. Oleh itu, ulama mengharamkan seseorang lalu di depan orang yang solat. Wallahu a’lam. |