Jenis Hadith
Apa itu hadith? |
---|
Pengertian bahasa baharu atau khabar atau berita Pengertian umum Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW. Pengertian Istilah Setiap ucapan (قول), perbuatan ((فعل), pengakuan (تقرير) dan sifat-sifat + yang disandarkan kepada Rasulullah SAW Pengertian Hadith Menurut Istilah Dari segi istilah para muhaddithin telah mengemukakan pelbagai pendapat mengenainya namun tiada percanggahan antara satu sama lain kecuali jika ada sesuatu sebab yang khusus mengenainya. Antaranya; (a). Hadith ialah segala apa sahaja yang dinisbahkan pada Nabi Muhammad saw dari segi perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat samada fizikal atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul. (b). Hadith juga ialah segala apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw atau sahabat atau tabiin termasuk juga apa yang dinamakan hadith marfu’, mauquf dan maqtu’. Perbezaan Antara Hadith dan Sunnah Sunnah dari segi bahasa bermaksud jalan atau sirah samada terpuji atau tercela. Lawan bagi perkataan sunnah adalah bidaah. Mereka yang mengikuti sunnah dipanggil orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpuji, manakala mereka yang berpaling dari sunnah adalah pembuat bidaah dan tercela. Sunnah dari sudut istilah pula terbahagi kepada beberapa pendapat ilmuwan berdasarkan pengkhususan ilmu mereka, antaranya; (a). Ulama Usul Fiqh – Sunnah adalah kata-kata, perbuatan dan taqrir. Mereka mengkaji hadith sebagai sumber hukum syariat seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh. (b). Ulama Fiqh – Sunnah adalah perkara-perkara sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkannya tidaklah berdosa. (c). Ulama Kalam – Sunnah adalah antonim bagi bidaah. Mereka yang berpaling dari sunnah dianggap sebagai pembuat bidaah. (d). Ulama Hadith – Sunnah adalah apa juga yang disandarkan kepada Rasulullah saw dari segi perkataan, perbuatan, perakuan, sifat fizikal dan akhlak samada sebelum dilantik menjadi Rasul atau sesudahnya. Takrif yang diberikan oleh ulama hadith lebih diberi keutamaan kerana ia merangkumi seluruh kehidupan Rasulullah SAW. Sunnah dalam pengertian ini adalah sama dengan maksud al-hadith. Kesimpulannya pada hakikatnya al-Hadith dan al-Sunnah mengandungi pengertian yang sama dan jika ada perbezaan hanya pada istilah dan skop pemakaiannya sahaja. Hadith sebagai sumber hukum Hadith adalah sumber hukum kedua selepas Al Quran Perbezaan Al Quran dengan hadith Al-Quran Hadith Nabawi Hadith Qudsi Lafaz dan makna daripada Allah Taala Wahyu disampaikan melelui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW Sumber hukum pertama Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya Tidak boleh membaca ketika berhadas besar Ayat Al Quran dibaca dalam solat Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW Sumber hukum kedua Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya Boleh membaca ketika berhadas besar Tidak boleh dibaca dalam solat Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW Sumber hukum kedua Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya Boleh membaca ketika berhadas besar Tidak boleh dibaca dalam solat Perawi hadith Pengertian : Seorang yang menerima dan menyampaikan hadith daripada Rasulullah SAW Syarat-syarat perawi hadith Islam Ber'akal Baligh 'Adil Kuat hafazan Menjada Tulisan Waspada Bagaimana hadith disampaikan رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صحابى تابعى تبع التابعى الراوى البخارى أو مسلم |