Jenis Hadith

Hadith Gharib (حدبث غريب)
Hadith Gharib (حدبث غريب)



Definisi:Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.

Pembahagian: Gharib Mutlaq dan Gharib Nisbi.



Gharib Mutlaq: Gharib pada permulaan sanad (Sahabat). Contoh:

عَنْ أميرِ المؤمنينَ أبي حفصٍ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ( صلى الله عليه وسلم ) يَقُولُ: « إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

. رواه إماما المُحدِّثين:أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بَرْدِزْبَهْ البخاريُّ وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القُشَيْريُّ النَّيْسابُورِي ُّ في صَحِيحَيْهِماال ذَّيْنِ هما أصح الكتب المُصَنَّفَةِ.

Terjemahan :

Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya.Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana ingin mendapatkan (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Hadith riwayat dua imam hadith, Abu AbdullahMuhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslimbin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Sahih, yang merupakan kitab yang paling sahih yang pernah dikarang).

Penjelasan : Hadith ini telah diriwayatkan oleh seorang Sahabat sahaja iaitu Umar bin al-Khattab.


Gharib Nisbi: Gharib pada pertengahan sanad. Contoh:


أَنَّ النبي دخل مكة وعلى رأسه المغفر.

Bahawa Nabi SAW memasuki Mekah dalam keadaan baginda berserban.
>