Mandi dan wudhu’ menggunakan air dalam bekas yang dibuat daripada gelas, kayu atau batu

Matan

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُنِيرٍ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسٍ قَالَ حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَقَامَ مَنْ كَانَ قَرِيبَ الدَّارِ إِلَى أَهْلِهِ وَبَقِيَ قَوْمٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِخْضَبٍ مِنْ حِجَارَةٍ فِيهِ مَاءٌ فَصَغُرَ الْمِخْضَبُ أَنْ يَبْسُطَ فِيهِ كَفَّهُ فَتَوَضَّأَ الْقَوْمُ كُلُّهُمْ قُلْنَا كَمْ كُنْتُمْ قَالَ ثَمَانِينَ وَزِيَادَةً

Maksud Hadith

(BUKHARI - 188): 'Abdullah bin Munir telah menceritakan kepada kami mendengar 'Abdullah bin Bakar Humaid telah menceritakan kepada kami daripada Anas berkata, "Waktu solat telah masuk, bagi orang ramai yang rumahnya dekat, mereka pulang untuk berwudhu’, sementara yang lain masih di dalam masjid. Lalu diberikan sebuah bekas kecil yang dibuat daripada kayu kepada Rasulullah SAW. Namun bekas itu tidak cukup untuk dimasuki oleh telapak tangan beliau, sehingga orang ramai pun berwudhu’ (daripada jari tangan beliau) semua." Kami bertanya, "Berapa jumlah kamu semua ketika itu?" Anas menjawab, "Lebih daripada lapan puluh orang."