Seseorang mewudhu’kan saudaranya

Matan

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ قَالَ سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعْدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَنَّ نَافِعَ بْنَ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عُرْوَةَ بْنَ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ يُحَدِّثُ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ وَأَنَّهُ ذَهَبَ لِحَاجَةٍ لَهُ وَأَنَّ مُغِيرَةَ جَعَلَ يَصُبُّ الْمَاءَ عَلَيْهِ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ

Maksud Hadith

(BUKHARI - 176) : 'Amru bin 'Ali telah menceritakan kepada kami 'Abdul Wahhab telah menceritakan kepada kami aku mendengar Yahya bin Sa'id berkata, Sa'd bin Ibrahim telah mengkhabarkan kepadaku bahawa Nafi' bin Jubair bin Muth'im mengkhabarkan kepadanya, bahawa dia mendengar 'Urwah bin Al Mughirah bin Syu'bah menceritakan daripada Al Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia pernah bersama Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan. Beliau pergi untuk membuang hajat, sementara Al Mughirah menuangkan air untuk beliau sehingga beliau pun berwudhu’, membasuh muka, mengusap kepala dan sepasang seliparnya."