Sebahagian daripada iman hendaknya mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri

Matan

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksud Hadith

Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya telah menceritakan kepada kami daripada Syu'bah daripada Qatadah daripada Anas daripada Nabi SAW Dan daripada Husain Al Mu'alim Qatadah telah menceritakan kepada kami daripada Anas daripada Nabi SAW beliau bersabda: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".