Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat daripada lisan dan tangannya

Matan

حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ هُوَ ابْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ

 

عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْ دَاوُدَ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksud Hadith

Adam bin Abu Iyas telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami daripada Abdullah bin Abu As Safar dan Isma'il bin Abu Khalid daripada As Sya'bi daripada Abdullah bin 'Amru daripada Nabi SAW bersabda: "Seorang muslim ialah mereka yang selamatkan Muslimin yang lain daripada kecelakaan lidah dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " Abu Abdullah berkata; dan Abu Mu'awiyyah berkata; Daud, telah menceritakan kepada kami dia adalah anak Ibnu Hind, daripada 'Amir berkata; aku mendengar Abdullah bersabda, maksudnya ibnu 'Amru, daripada Nabi SAW Dan berkata Abdul A'laa daripada Daud daripada 'Amir daripada Abdullah daripada Nabi SAW 'alaihi wasallam