Glosari

Athar (sesuatu yang disandarkan kepada nabi SAW atau para sahabat dan sebagainya) (الأثر)
Dari sudut bahasa: ‘الأثر ’ jamaknya adalah ‘آثار’: yang bermaksud: Sesuatu yang berbaki daripada sesuatu. Dikatakan: ‘اثر الدار ’ bermaksud sesuatu yang berbaki daripadanya.

ISTILAH
Dari sudut istilah: Pengertian ‘الأثر’ ini berbeza pada istilah dua kumpulan daripada ulama: iaitu muhaddithin dan fuqaha Khurasan. ‘ الأثر’ di sisi muhaddithin adalah ‘الخبر ’, iaitu sesuatu hadith samada marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW) atau mawquf (disandarkan kepada sahabat r.a.) atau maqtu’ (disandarkan kepada tabiin).
>