Glosari

Hadith
Pengertian bahasa : baharu atau khabar atau berita.

Pengertian umum: Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW.

Pengertian Istilah:

· ucapan (قول),

· perbuatan (فعل),

· pengakuan (تقرير) dan;

· sifat-sifat (صفة) yang disandarkan kepada Rasulullah SAW



Hadith Sebagai Sumber Hukum

Hadith adalah sumber hukum kedua selepas Al Quran.



Perbezaan Al Quran dengan hadith :



Perbezaan

Al-Quran

Hadith Nabawi

Hadith Qudsi

Lafaz

Lafaz dan makna daripada Allah Taala

Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW

Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala

Cara penyampaian

Wahyu disampaikan melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW

Melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW


Melalui wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW


Kedudukan

Sumber hukum pertama

Sumber hukum kedua

Sumber hukum kedua

Syarat ketika memegangnya

Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya

Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya

Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya


Larangan

Tidak boleh membaca ketika berhadas besar

Boleh membaca ketika berhadas besar


Boleh membaca ketika berhadas besar


Keutamaan

Ayat Al Quran dibaca dalam solat

Tidak boleh dibaca dalam solat

Tidak boleh dibaca dalam solat



Bagaimana hadith disampaikan

Jumlah Hadith

Tidak diketahui sebenarnya. Golongan ahli sunnah mengambil hadith-hadith daripada imam-imam seperti al-Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dan lain-lain sunan.



Nilai kitab hadith

Kitab-kitab hadith yang terkumpul daripada kegiatan ulama-ulama berabad-abad lamanya terciptalah ratusan ataupun ribuan kitab hadith. Namun yang sampai kepada kita adalah sesikit sahaja. Hasil penyelidikan ulama dan ahli hadith mereka sepakat mengakui Kitab hadith al-Bukhari dan Muslim adalah lebih kuat, sudah pasti sahih dan tidal dapat dibantah lagi.
>