Glosari
Jenis - Jenis Hadith Sahih |
---|
Ulama membahagikan hadith sahih berdasarkan takhrijnya dalam kitab-kitab sahih kepada tujuh bahagian, seperti berikut: Pertama: Hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, iaitu yang dinamakan sebagai Muttafaq A’laih. Kedua: Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tetapi tidak diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu yang dinamakan Afrad Al-Bukhari. Ketiga: Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tetapi tidak diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dinamakan Afrad Muslim. Keempat: Hadith sahih yang memenuhi syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim tetapi tidak diriwayatkan keduanya dalam kitab mereka. Contoh bagi hadith ini ialah seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam al- Hakim dalam Al-Mustadrak, katanya: "Sahih menurut syarat kedua-dua imam tetapi mereka tidak meriwayatkannya." Kelima: Hadith sahih yang memenuhi syarat-syarat al-Bukhari tetapi tidak diriwayatkan dalam kitabnya. Contoh bagi hadith ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam Al- Mustadrak, katanya: “Sahih menurut syarat Imam al-Bukhari tetapi tidakdiriwayatkan olehnya”. Keenam: Hadith sahih yang memenuhi syarat-syarat Muslim tetapi tidak diriwayatkan dalam kitabnya. Contoh bagi hadith ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam Al-Mustadrak, katanya: “Sahih menurut syarat Imam Muslim tetapi tidak diriwayatkan olehnya”. Ketujuh: Hadith-hadith sahih yang terdapat pada selain Imam al-Bukhari dan Muslim |