Glosari
Mutawatir (المتواتر ) |
---|
Dari segi bahasa: Perkataan (المتواتر ) adalah kata nama pelaku dari perkataan (التواتر) yang membawa maksud yang berturut-turut, berderet-deret.Dari segi istilah pula ialah: hadis yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi yang ramai di setiap abaqat (peringkat) dari tabaqat-tabaqat sanadnya, di mana bilangan yang ramai tersebut menunjukkan mustahil pada adatnya mereka semua boleh berpakat untuk menipu/berdusta, dan bentuk hadis tersebut pula disandarkan kepada pancaindera yang lima. Mutawatir amali Iaitu apa yang dinukilkan/diriwayatkan oleh seluruh ahli ilmu Timur dan Barat, dari satu generasi ke satu generasi, dan ia tidak diperselisihkan oleh seorang mukmin pun, seperti solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan ibadah haji. Maka semua ini adalah disampaikan secara mutawatir amali dari Nabi SAW, di mana baginda sendiri mengamalkannya dan begitu juga dengan para sahabatnya. Kemudian ia diriwayatkan oleh orang-orang Islam dan diturunkan dari generasi ke generasi sehinggalah hari ini. Dan umat Islam Timur dan Barat tidak pun berselisih mengenai usul umumnya, meskipun mereka berselisih pada sebahagian perkara-perkara furu’ dan juzuknya sahaja. (Sila lihat Mu’jam al-Mustalahat al-Hadithiyyah: Karangan Abu al-Laith Al-Khair Abadi: 81) |