Glosari

Muhaddith (المحدث)
Dari sudut bahasa: Ialah kata nama pelaku daripada perkataan (التحديث) yang membawa erti; orang yang memberitahu, dan yang berbicara.
ISTILAH
Dari sudut istilah: Suatu gelaran yang diberikan kepada orang yang menyibukkan dirinya dengan hadis nabawi, mengetahui isnad-isnad, ‘illah-‘illah, nama-nama para perawi, sanad ‘ali dan nazil, menghafal sejumlah besar daripada matan-matan hadis, mendengar (mempelajari) al-Kutub al-Sittah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Sunan al-Bayhaqi, Mu’jam-Mu’jam al-Tabarani, serta digabungkan pula dengan seribu juzuk kitab hadis. (Lihat: Mu’id al-Ni’am Wa Mubid al-Niqam oleh al-Taj al-Subki: hlm. 81)
>