Glosari
Ahad (آحاد) |
---|
Dari sudut bahasa: ’الآحاد ’ jamak bagi kalimah ‘أحد ’ yang bermaksud: Satu,iaitu sesuatu yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja. |
ISTILAH Dari sudut istilah: Ia adalah hadith yang tidak terdapat dalamnya syarat-syarat hadith mutawatir. Hadith Ahad ini merangkumi jenis-jenis yang berikut: 1.Masyhur 2.‘Aziz 3.Gharib @ Fard Setiap jenis ini di namakan sebagai: hadith Ahad. Sila lihat pengertian setiap daripada jenis tersebut mengikut hurufnya. Hukumnya: Ulama bersepakat mengatakan bahawa wajib beramal dengan apa yang sahih daripada jenis-jenis hadith Ahad tersebut. |