Glosari

Pengikut para tabiin (أتباع التابعين)
Merupakan jamak dan lafaz satu ialah yang bermaksud sesiapa yang berbicara atau mengambil hadith daripada tabiin dan beriman dengan Nabi SAW.

Mereka adalah tabaqat (peringkat) ketiga iaitu selepas para sahabat dan tabiin, di mana Nabi SAW menjadikan mereka antara sebaik-baik manusia selepas para sahabat dan tabiin. Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah di kurunku, kemudian orang yang datang selepas daripada mereka, kemudian orang yang datang selepas daripada mereka.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Kitab al-Syahadat, bab: La Yasyhad ‘Ala Syahadah Jaurin Iza Isytadda, 2652)

Di dalam tabaqat ini terdapat sekumpulan para ulama muslimin dan para fuqaha Islam, contohnya:

1.‘Abd al-Malik bin ‘Abd al-‘Aziz, yang lebih dikenali sebagai Ibn Juraij (w 150H)
2.Abd al-Rahman bin ‘Amr al-‘Awza’i (w 157H)
3.Syu’bah bin al-Hajjaj al-‘Ataki (w 160H)
4.Sufyan bin Sa’id al-Thawri (w 161H)
5.Malik bin Anas al-Asbahi (w 179H)

Di kalangan mereka juga sekumpulan para
>