Glosari

Bersambung (الإتصال)
Pengertian: Bersambung dengan sesuatu.
ISTILAH
Dari sudut istilah bermaksud: Pengambilan setiap perawi daripada perawi-perawi sanad sesuatu hadith daripada sesiapa yang berada di atasnya (iaitu syeikhnya atau gurunya) secara langsung, iaitu dengan bentuk ungkapan lafaz pengambilan hadith yang jelas secara mendengar (dari syeikhnya), seumpama dia (perawi) berkata: ’ ’ aku telah mendengar si fulan (syeikhku berkata) atau lafaz yang jelas bersambung tanpa bentuk ungkapan mendengar seperti seorang syeikh yang telah menuliskan sesuatu hadith untuk muridnya dengan tulisan yang diyakini kebenarannya.
>