Aktiviti

#
Klik untuk Zoom Foto ada tarikh 2-4 September 2016: Bahagian Penerbitan, JAKIM telah mengadakan Bengkel Pentashihan Hadith Jami’ Tirmizi Jilid 2 Siri 2 di Suria Hot Spring, Bentong Pahang. Bengkel 3 hari tersebut telah dihadiri oleh pentashih yang telah dilantik antaranya Prof. Madya Dr Fauzi bin Haji Deraman dari Universiti Malaya (UM), Dr Faisal bin Ahmad Shah dari Universiti Malaya (UM), Dr. Muhamad Al’Ikhsan bin Ghazali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Khadher bin Ahmad dari Universiti Malaya (UM) dan Al-Fadhil Ustaz Syed Najihuddin bin Syed Hassan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bengkel ini dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Bengkel ini juga telah diisi dengan 8 kali sesi perbincangan dalam kumpulan bagi meneliti kesahihan hadith dan bacaan pruf. Semoga dengan bengkel kali ini akan memantapkan lagi penerbitan Buku Hadith Jami’ Tirmizi Jilid 2 tersebut sebagai rujukan generasi yang akan datang.
>