Aktiviti

#
Klik untuk Zoom Foto Satu lawatan kajian model pembangunan Darul Hadith telah dilakukan di dua buah pusat penyelidikan hadith iaitu Etablissement El-Hadith El-Hassania Dan Markaz Al- Qattan,Morocco pada 30 November hingga 8 Disember 2016. Ahli yang terlibat adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia seramai 2 orang yang diketuai oleh Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith Malaysia dan Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman (Jakim)

Objektif kajian adalah untuk menjalankan kajian model pembangunan Darul Hadith luar negara dan melihat secara dekat mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh kedua buah pusat penyelidikan tersebut. Adalah diharapkan dengan lawatan kajian tersebut, Negara Malaysia dapat membina sebuah pusat kajian Darul Hadith dengan objektif yang telah ditetapkan antaranya bagi manfaat umat Islam menghayati hadith-hadith Nabi dalam kehidupan mereka di negara ini.
>