Aktiviti

#
Klik untuk Zoom Foto Tarikh: 24 Hingga 26 Oktober 2017
Kajian penyelidikan model pembangunan Darul Hadith Malaysia (DHM) telah diadakan di beberapa pusat kajian hadith di Indonesia pada 24 - 26 Oktober 2017. Ianya merupakan susulan dari kajian model pembangunan DHM yang dibuat di Morocco pada tahun 2016. Kajian kali ini telah diadakan di Pusat Kajian Hadith Kuningan, Jakarta, Pustaka Imam Al-Syafi’ie, Darul al-Sunnah International Institute for Hadith Sciences, Pengurusan Lidwa Software Hadith Online Indonesia dan Kuliah Usuluddin Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta Indonesia.

Kajian telah ketuai oleh Ybhg Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu DHM dan beberapa orang ahli jawatankuasa DHM yang telah dilantik iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Mohd Amin, Ustazah Adawiah binti Lias dan Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman. Kajian selama 3 hari ini telah berjalan dengan baik dan lancar.

Beberapa input-input yang baharu telah diperolehi hasil daripada pertemuan dengan pusat-pusat kajian tersebut dan ianya telah menepati objektif kajian iaitu untuk menjalankan kajian model pembangunan Darul Hadith luar negara dan melihat secara dekat mengenai aktiviti dan pelaksanaan oleh pusat-pusat hadith tersebut. Adalah diharapkan dengan kajian tersebut, Jawatankuasa Pemandu DHM dapat mengemaskini cadangan model pembangunan DHM yang komprehensif yang akhirnya Negara Malaysia dapat membina Darul Hadith Malaysia dengan objektif yang telah ditetapkan bagi manfaat semua umat Islam untuk menghayati dan merealisasikan hadith-hadith Nabi dalam kehidupan mereka di negara ini khususnya.
>