Aktiviti

#
Klik untuk Zoom Foto

Bangi, Selangor (30 Ogos 2022) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Pusat Penyelidikan Hadith (PPH) yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersempena dengan Pertemuan dan Perbincangan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Industri Penyiaran di Grand Balroom Hotel Tenera Bandar Baru Bangi petang tadi. Turut hadir pada acara itu ialah Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM dan Puan Nor Safina Binti Zainal, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan. 



Pusat Penyelidikan Hadith di bawah fungsi JAKIM ini adalah bertepatan bagi menguruskan segala hal ehwal pembangunan dan penyelidikan Hadith berdasarkan asas-asas berikut:



(i)    Pemerkasaan Ummah

Penubuhan Pusat Penyelidikan Hadith adalah selaras dengan dasar Kerajaan dalam memperkasakan ummah melalui penghayatan al-Quran dan hadith dalam kalangan umat Islam.



(ii)    Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan 

Penubuhan Pusat Penyelidikan Hadith sebagai institut penyelidikan dan pembangunan hadith adalah bagi menjunjung tinggi kedudukan hadith sebagai sumber rujukan kedua selepas al-Quran kepada umat Islam. 



(iii)    Meningkatkan Kefahaman dan Pengamalan Hadith Dalam Pentadbiran Negara 

Penubuhan Pusat Penyelidikan Hadith ini dapat meningkatkan kefahaman dan pengamalan hadith Rasulullah SAW dalam pengurusan dan pentadbiran negara serta dalam kehidupan masyarakat.


>