Aktiviti

#
Klik untuk Zoom Foto

Putrajaya, 31 Julai 2022 – Sempena Hari Tanah Negara ke 6, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah melancarkan sebuah  buku yang bertajuk “40 Hadis Berkaitan Pentadbiran Dan Pengurusan Tanah Di Malaysia’ yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan selaku Menteri Tenaga Dan Sumber Asli yang diadakan di Dewan Masmera Hotel Everly Putrajaya. Pelancaran buku tersebut turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Nor Safina Binti Zainal, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM mewakili Ketua Pengarah JAKIM.



Buku tersebut adalah hasil kolaborasi diantara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Ia adalah hasil kajian awal untuk melihat sejauh mana tahap pentadbiran dan pengurusan tanah di Malaysia selari dengan syariat Islam berpandukan 40 hadis sebagaimana yang terdapat dalam buku ini. Hadis yang telah dipilih adalah hadis yang berkaitan dalam pentadbiran dan pengurusan tanah dalam Islam dan pengamalannya di Malaysia. Beberapa persoalan telah dikenal pasti menjadi isu kepada Kerajaan dan JKPTG dan hadis-hadis yang dipilih dapat mengukuhkan tindakan dan akta sedia ada. Dapatan dari hadis ini akan dijadikan sandaran dalam merangka polisi dan juga memantapkan polisi sedia ada di JKPTG. Ini penting untuk memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai JKPTG agar bertindak dan menjalankan amanah mengikut garis-garis yang telah ditetapkan.



Video montaj pelancaran Buku: https://youtu.be/ccxWfRLQyeo  



 



 



 



 


>