Buku “40 Hadis Berkaitan Pentadbiran Dan Pengurusan Tanah Di Malaysia’
27 Nov 2025

Buku “40 Hadis Berkaitan Pentadbiran Dan Pengurusan Tanah Di Malaysia’

Buku ini adalah hasil kolaborasi diantara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Ia adalah hasil kajian awal untuk melihat sejauh mana tahap pentadbiran dan pengurusan tanah di Malaysia selari dengan syariat Islam berpandukan 40 hadis sebagaimana yang terdapat dalam buku ini. Hadis yang telah dipilih adalah hadis yang berkaitan dalam pentadbiran dan pengurusan tanah dalam Islam dan pengamalannya di Malaysia. Beberapa persoalan telah dikenal pasti menjadi isu kepada Kerajaan dan JKPTG dan hadis-hadis yang dipilih dapat mengukuhkan tindakan dan akta sedia ada. Dapatan dari hadis ini akan dijadikan sandaran dalam merangka polisi dan juga memantapkan polisi sedia ada di JKPTG. Ini penting untuk memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai JKPTG agar bertindak dan menjalankan amanah mengikut garis-garis yang telah ditetapkan.

Maklumat Terbitan

Tarikh Dicipta
27 Nov 2025, 23:23
Kemaskini Terakhir
28 Jan 2026, 12:28

Penerbitan Ilmiah Terkini

Buletin Khas Maulidur Rasul 1444H 2022M

Buletin Khas Maulidur Rasul 1444H 2022M. Antara tajuk yang m...

27 Nov 2025