Cover SATU HARI SATU SUNNAH
hai
Tentang Koleksi Ini

PENGENALAN SATU HARI SATU SUNNAH
Ruangan “Satu Hari Satu Sunnah” merupakan satu inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Portal MyHadith yang bertujuan menyebarluaskan ilmu dan kefahaman berkaitan hadis Rasulullah SAW kepada masyarakat secara berterusan. Inisiatif ini diwujudkan sebagai medium penyampaian ilmu yang mudah diakses, ringkas dan berautoriti bagi menggalakkan masyarakat mengenali, memahami serta menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Melalui ruangan ini, perkongsian hadis dilaksanakan secara harian dengan mengetengahkan pelbagai tema yang dekat dengan kehidupan masyarakat, merangkumi aspek akidah, ibadah, akhlak, kekeluargaan, hubungan sosial dan nilai-nilai murni. Setiap hadis disertakan dengan terjemahan, rujukan sumber serta pengajaran ringkas bagi memudahkan masyarakat memahami mesej dan tuntunan yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW.

Diharapkan agar ruangan “Satu Hari Satu Sunnah” dapat menjadi wadah penyebaran ilmu dan kebaikan kepada seluruh lapisan masyarakat, di samping memupuk kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta membudayakan pengamalan sunnah dalam kehidupan. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan al-Quran serta al-Sunnah.

Memaparkan 1 daripada 1 kitab