Himpunan 40 Hadis Imam al-Nawawi Berserta Tambahan Hadis oleh Ibn Rajab al-Hanbali
Tentang Koleksi Ini
Kitab Al-Arba‘un al-Nawawiyyah ma‘a Ziyadat Ibn Rajab dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan utama bagi pemilihan dan penyediaan hadis-hadis yang dipaparkan dalam portal ini. Himpunan hadis yang asalnya disusun oleh Imam al-Nawawi ini merangkumi prinsip-prinsip asas Islam yang meliputi aspek akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan seharian. Himpunan tersebut kemudiannya dilengkapi dengan tambahan hadis oleh Ibn Rajab al-Hanbali, sekali gus memperluas skop perbincangan dan manfaatnya kepada para pembaca.
Selain itu, kitab Al-Wafi fi Sharh al-Arba‘in al-Nawawiyyah turut dijadikan sebagai rujukan sokongan bagi membantu memahami dan menghuraikan kandungan hadis. Maklumat takhrij turut disertakan pada hadis-hadis yang dipaparkan bagi mengenal pasti sumber asal periwayatan serta memudahkan pembaca membuat semakan dan rujukan lanjut.
Penggunaan kedua-dua sumber ini diharapkan dapat membantu masyarakat memahami hadis Nabi Muhammad SAW dengan lebih baik, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan merujuk sumber hadis yang berautoriti serta menghayati ajarannya dalam kehidupan seharian.
Hadis-hadis tambahan yang dihimpunkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab ini bermula daripada hadis ke-43 hingga hadis ke-50, sebagai pelengkap kepada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan asal Imam al-Nawawi.
Rujukan:
- Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf, dan Ibn Rajab al-Hanbali, ‘Abd al-Rahman bin Ahmad. Al-Arba‘un al-Nawawiyyah ma‘a Ziyadat Ibn Rajab. Disunting oleh al-Syirbini bin Fa’iq al-Syirbini dan disemak serta diberikan kata pengantar oleh Mustafa bin al-‘Adawi.
- Al-Bugha, Mustafa Dib, dan Muhyiddin Mistu. Al-Wafi fi Sharh al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Damsyik: Dar al-Mustafa li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, cetakan pertama, 1440H/2019M.
Memaparkan 20 daripada 38 kitab

