Butiran Jenis Hadith
Kategori Hadith
Apa itu hadith?
17,022 Tontonan
Huraian & Perincian
Pengertian bahasa
baharu atau khabar atau berita
Pengertian umum
Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW.
Pengertian Istilah
Setiap ucapan (قول),
perbuatan ((فعل),
pengakuan (تقرير)
dan sifat-sifat + yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
Pengertian Hadith Menurut Istilah
Dari segi istilah para muhaddithin telah mengemukakan pelbagai pendapat mengenainya namun tiada percanggahan antara satu sama lain kecuali jika ada sesuatu sebab yang khusus mengenainya. Antaranya;
(a). Hadith ialah segala apa sahaja yang dinisbahkan pada Nabi Muhammad saw dari segi perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat samada fizikal atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul.
(b). Hadith juga ialah segala apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw atau sahabat atau tabiin termasuk juga apa yang dinamakan hadith marfu’, mauquf dan maqtu’.
Perbezaan Antara Hadith dan Sunnah
Sunnah dari segi bahasa bermaksud jalan atau sirah samada terpuji atau tercela. Lawan bagi perkataan sunnah adalah bidaah. Mereka yang mengikuti sunnah dipanggil orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpuji, manakala mereka yang berpaling dari sunnah adalah pembuat bidaah dan tercela.
Sunnah dari sudut istilah pula terbahagi kepada beberapa pendapat ilmuwan berdasarkan pengkhususan ilmu mereka, antaranya;
(a). Ulama Usul Fiqh – Sunnah adalah kata-kata, perbuatan dan taqrir. Mereka mengkaji hadith sebagai sumber hukum syariat seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh.
(b). Ulama Fiqh – Sunnah adalah perkara-perkara sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkannya tidaklah berdosa.
(c). Ulama Kalam – Sunnah adalah antonim bagi bidaah. Mereka yang berpaling dari sunnah dianggap sebagai pembuat bidaah.
(d). Ulama Hadith – Sunnah adalah apa juga yang disandarkan kepada Rasulullah saw dari segi perkataan, perbuatan, perakuan, sifat fizikal dan akhlak samada sebelum dilantik menjadi Rasul atau sesudahnya.
Takrif yang diberikan oleh ulama hadith lebih diberi keutamaan kerana ia merangkumi seluruh kehidupan Rasulullah SAW. Sunnah dalam pengertian ini adalah sama dengan maksud al-hadith. Kesimpulannya pada hakikatnya al-Hadith dan al-Sunnah mengandungi pengertian yang sama dan jika ada perbezaan hanya pada istilah dan skop pemakaiannya sahaja.
Hadith sebagai sumber hukum
Hadith adalah sumber hukum kedua selepas Al Quran
Perbezaan Al Quran dengan hadith
Al-Quran Hadith Nabawi Hadith Qudsi
Lafaz dan makna daripada Allah Taala
Wahyu disampaikan melelui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW
Sumber hukum pertama
Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
Tidak boleh membaca ketika berhadas besar
Ayat Al Quran dibaca dalam solat
Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW
Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW
Sumber hukum kedua
Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
Boleh membaca ketika berhadas besar
Tidak boleh dibaca dalam solat
Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala
Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW
Sumber hukum kedua
Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
Boleh membaca ketika berhadas besar
Tidak boleh dibaca dalam solat
Perawi hadith
Pengertian : Seorang yang menerima dan menyampaikan hadith daripada Rasulullah SAW
Syarat-syarat perawi hadith
Islam
Ber'akal
Baligh
'Adil
Kuat hafazan
Menjada Tulisan
Waspada
Bagaimana hadith disampaikan
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صحابى
تابعى
تبع التابعى
الراوى
البخارى أو مسلم

