Butiran Hadith
Rasulullah SAW Pembawa Rahmat ke Seluruh Alam
Matan
عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.¹
التخريج: سنن الدارمي , المقدمة , باب كيف كان أول شأن النبي صلى الله عليه وسلم ، حديث رقم 15 ، عن أبي صالح رضي الله عنه، وقال شعيب الأرناؤوط: سند صحيح لكنه مرسل، [وله طرق تعضده].
Maksud Hadith
Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadith riwayat Ad-Darimy, No: 15, Syeikh Syu’aib al-Arnautd berkata: “Sanad hadith ini adalah sahih tetapi ianya mursal (ada riwayat lain yang menyokongnya).
Penghayatan Hadith
1. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anbiya', ayat 107. Alam bermaksud seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Dinamakan sebagai Alam kerana ia adalah alamat atau tanda kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.
- Kitab Sunan Ad-Darimi
- Kitab Al-Mustadrak 'Ala Al-Sahihain Li Al-Hakim
- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qa
- Kitab Syarh Tafsir Ibnu Kathir Li Al-Rajihi
- Kitab Tafsir Al-Kabir Li Al-Razi
- Kitab Al-Jami‘ Li-Ahkam Li Al-Qurtubi
- Kitab Al-Syifa’ Li Al-Qadi Al-‘Iyad

