Butiran Hadith
Keutamaan saf pertama
Matan
وَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم " لَوْ أَنَّ النَّاسَ يَعْلَمُونَ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا عَلَيْهِ " . قَالَ حَدَّثَنَا بِذَلِكَ إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا مَعْنٌ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَىٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِثْلَهُ .
Maksud Hadith
Nabi SAW bersabda: Sekiranya manusia mengetahui (pahala) yang ada dalam seruan azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, melainkan dengan mengundi, maka mereka akan mengundinya.
Abu ‘Isa berkata: Ishaq bin Musa al-Ansari telah menceritakan kepada kami yang demikian itu, Ma'n telah menceritakan kepada kami, Malik telah menceritakan kepada kami daripada Sumaiyah daripada Abu daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW seumpamanya.
Penghayatan Hadith
- Hadith ini menceritakan mengenai kelebihan azan dan saf pertama dalam solat.
- Hadith ini juga menjadi dalil mengenai keharusan undian dalam syariat

