Keutamaan solat lima waktu

Matan

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنِ الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ كَفَّارَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرٍ وَأَنَسٍ وَحَنْظَلَةَ الأُسَيِّدِيِّ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏

Maksud Hadith

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat lima waktu dan Jumaat kepada Jumaat ialah penghapus dosa antara waktu-waktu tersebut, selama tidak melakukan dosa-dosa besar.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Jabir, Anas danHanzalah al-Usaiyidiy. Abu ‘Isa berkata: Hadith Abu Hurairah adalah hadith hasan sahih.

Penghayatan Hadith

  1. Dosa yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah dosa-dosa kecil.
  2. Dalam riwayat lain menyebutkan tambahan “antara Ramadhan ke Ramadhan.”

Maklumat Hadith