Butiran Hadith
hadith no 10
Matan
وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ ابْنُ لَهِيعَةَ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرٍ، عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبُولُ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ، أَخْبَرَنَا بِذَلِكَ قُتَيْبَةُ، قَالَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ.
وَحَدِيثُ جَابِرٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ لَهِيعَةَ.
وَابْنُ لَهِيعَةَ ضَعِيفٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ؛ ضَعَّفَهُ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ وَغَيْرُهُ.
Maksud Hadith
Hadith ini turut diriwayatkan oleh Ibnu Lahi’ah daripada Abi al-Zubair daripada Jabir daripada Abu Qatadah bahawa beliau melihat Nabi SAW buang air kecil dalam keadaan menghadap qiblat. Qutaibah telah menceritakan demikian itu kepada kami, Ibn Lahi‘ah juga menceritakan kepada kami. Hadith Jabir daripada Nabi SAW lebih sahih daripada hadith Ibn Lahi‘ah. Ibn Lahi‘ah adalah lemah menurut ulama’ hadith. Yahya bin Sa‘id al-Qattan dan ulama’ selainnya telah menghukumkan beliau sebagai perawi yang lemah dari sudut hafazannya.
.
Penghayatan Hadith
1. Hadith ini menyokong hadith sebelumnya. Namun begitu status sanad ini adalah lemah berbanding sebelumnya.

