Butiran Hadith
Berwudhu ’ Selepas Mandi
Matan
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ لاَ يَتَوَضَّأُ بَعْدَ الْغُسْلِ " . هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ . وَهَذَا قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ : أَنْ لاَ يَتَوَضَّأَ بَعْدَ الْغُسْلِ.
Maksud Hadith
Daripada ‘Aisyah bahawa Nabi SAW tidak berwudhu’ selepas mandi junub.
Hadith ini adalah hadith hasan sahih.
Pendapat ini merupakan pendapat ramai daripada sahabat Nabi SAW dan Tabi‘in, bahawa tidak berwudhu’ seseorang selepas mandi junub.
Penghayatan Hadith
Hadith ini menjelaskan bahawa tidak perlu berwudhu’ selepas mandi junub kerana memadai dengan wudhu’ sebelum itu sebagaimana dinyatakan dalam hadith ‘Aisyah dan Maimunah.

