Berwuduk (dengan) Sekali, Dua Kali, Dan Tiga Kali (Basuhan)

Matan

حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ مُوسَى الْفَزَارِيُّ حَدَّثَنَا شَرِيكٌ عَنْ ثَابِتِ بْنِ أَبِي صَفِيَّةَ قَالَ قُلْتُ لِأَبِي جَعْفَرٍ حَدَّثَكَ جَابِرٌ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّةً مَرَّةً وَمَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ وَثَلَاثًا ثَلَاثًا قَالَ نَعَمْ. قَالَ أَبُو عِيسَى وَرَوَى وَكِيعٌ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ ثَابِتِ بْنِ أَبِي صَفِيَّةَ قَالَ قُلْتُ لِأَبِي جَعْفَرٍ حَدَّثَكَ جَابِرٌ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّةً مَرَّةً قَالَ نَعَمْ و حَدَّثَنَا بِذَلِكَ هَنَّادٌ وَقُتَيْبَةُ قَالَا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ ثَابِتِ بْنِ أَبِي صَفِيَّة قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ شَرِيكٍ لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ هَذَا عَنْ ثَابِتٍ نَحْوَ رِوَايَةِ وَكِيعٍ وَشَرِيكٌ كَثِيرُ الْغَلَطِ وَثَابِتُ بْنُ أَبِي صَفِيَّةَ هُوَ أَبُو حَمْزَةَ الثُّمَالِيُّ

Maksud Hadith

Isma‘il bin Musa al-Fazari telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sharik telah meriwayatkan kepada kami, daripada Thabit bin Abu Safiyyah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far: Jabir telah menyampaikan kepadamu bahawa Nabi SAW berwuduk sekali (pada setiap anggota wuduk), dua kali (pada setiap anggota wuduk), dan tiga kali (pada setiap anggota wuduk), dia menjawab: “Ya.”

Hannad dan Qutaybah telah meriwayatkan kami seperti ini, kata keduanya: Waki‘ telah meriwayatkan kepada kami, daripada Thabit bin Abi Safiyyah. Abu ‘Isa berkata, riwayat ini lebih sahih daripada hadith Sharik kerana ia turut diriwayatkan dengan jalur lain, iaitu daripada Thabit seumpama riwayat Waki‘ dan Sharik banyak terdapat kekeliruan. Thabit bin Abu Safiyyah adalah Abu Hamzah al-Thumaliy.

Penghayatan Hadith

1. Hadith ini menyokong maksud hadith-hadith sebelum ini.

2. Hadith ini menunjukkan harus mempelbagai bilangan basuhan terhadap anggota wuduk.