Butiran Hadith
Larangan Buang Air Kecil pada Air yang Tenang (Bertakung)
Matan
حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لاَ يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ مِنْهُ".
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرٍ.
Maksud Hadith
Mahmud bin Ghaylan menceritakan kepada kami, ‘Abd al-Razzaq menceritakan kepada kami, daripada Ma‘mar, daripada Hammam bin Munabbih, daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Janganlah salah seseorang antara kamu buang air kecil pada air yang tenang (bertakung) kemudian berwuduk daripadanya.”
Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan lagi sahih.
Dan dalam bab ini terdapat riwayat daripada Jabir.
Penghayatan Hadith
1. Makruh membuang air kecil pada air yang tenang dan tidak mengalir sekiranya air itu banyak. Jika air itu sedikit maka hukumnya haram.

