Butiran Hadith
Tidur di dalam masjid
Matan
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي نَافِعٌ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ
أَنَّهُ كَانَ يَنَامُ وَهُوَ شَابٌّ أَعْزَبُ لَا أَهْلَ لَهُ فِي مَسْجِدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksud Hadith
| Musaddad telah menceritakan kepada kami, katanya, Yahya telah menceritakan kepada kami, daripada Ubaidullah berkata, Nafi' telah menceritakan kepadaku katanya, Abdullah bin Umar telah mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau pernah tidur dalam masjid Nabi SAW, ketika itu dia seorang pemuda bujang yang belum mempunyai isteri. (Hadith riwayat al-Bukhari : 440, an-Nasaie 722). |
Penghayatan Hadith
1- Tidur di dalam masjid hukumnya mubah (diharuskan), asal dapat menjaga ada-adab dan kebersihannya. Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab (Juz II, halaman 173-174) menjelaskan sebagai berikut:
"Tidur di masjid hukumnya boleh, tidak makruh menurut pendapat kami. Imam Syafie Rahimahullah telah memberikan nas yang membolehkan tidur di masjid dalam kitabnya Al-Umm, dan pendapatnya itu telah disepakati oleh sahabat-sahabatnya".
2- Sesetengah orang menganggap tidur di dalam masjid/surau memberikan 'pemandangan' yang tidak enak dipandang. Justeru, kebanyakan peraturan dan adab di dalam surau menegaskan larangan tidur dalam masjid/surau ni. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai larangan mutlak kerana telah dijelaskan dalam hadith di atas.
3- Adab tidur di dalam masjid merupakan sunnah Nabi SAW yang boleh kita ikuti, diiringi dengan adab dan perlakuan yang baik/sopan. Perlakuan ini disebut sebagai IKTIKAF. Maka, bolehlah untuk niat iktikaf semasa masuk masjid/surau. Kalau niat iktikaf tidur pun dapat pahala selagi tidak melanggar adab dan kesopanan di atas.
Maklumat Hadith
Nombor Hadith
440
Koleksi
Bab
Perawi
Status Kesahihan
Tiada Status

