Mandi dengan air sebanyak satu sha' atau seukuran dengan itu

Matan

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ أَنَّهُ كَانَ عِنْدَ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ هُوَ وَأَبُوهُ وَعِنْدَهُ قَوْمٌ فَسَأَلُوهُ عَنْ الْغُسْلِ فَقَالَ يَكْفِيكَ صَاعٌ فَقَالَ رَجُلٌ مَا يَكْفِينِي فَقَالَ جَابِرٌ كَانَ يَكْفِي مَنْ هُوَ أَوْفَى مِنْكَ شَعَرًا وَخَيْرٌ مِنْكَ ثُمَّ أَمَّنَا فِي ثَوْبٍ

 

Maksud Hadith

'Abdullah bin Muhammad menceritakan kepada kami, Yahya bin Adam menceritakan kepada kami katanya, Zuhair telah menceritakan kepada kami daripada Abu Ishaq katanya, menceritakan kepada kami Abu Ja'far bahawasanya beliau berada di sisi Jabir bin 'Abdullah -dia dan ayahnya (Ali bin Al Hasan) -, dan disisi Jabir juga ada sekelompok orang yang bertanya kepadanya tentang cara mandi. lalu Jabir bin Abdullah menjawab, "Cukup bagimu dengan satu sa' air." Tiba-tiba ada seorang yang berkata, "Bagiku tidak cukup!" Maka Jabir pun berkata, "sukatan itu cukup untuk orang yang lebih lebat rambutnya daripadamu, dan yang lebih baik daripada kamu."