Menjawab fatwa dengan isyarat tangan atau anggukan kepala

Matan

حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ سَالِمٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقْبَضُ الْعِلْمُ وَيَظْهَرُ الْجَهْلُ وَالْفِتَنُ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْهَرْجُ فَقَالَ هَكَذَا بِيَدِهِ فَحَرَّفَهَا كَأَنَّه يُرِيدُ الْقَتْلَ

Maksud Hadith

(BUKHARI - 83): Al Makki bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami berkata, Hanzhalah bin Abu Sufyan telah mengkhabarkan kepada kami daripada Salim berkata; aku mendengar Abu Hurairah menceritakan daripada Nabi SAW, beliau bersabda: "Ilmu akan diangkat dan akan ternyata kebodohan dan fitnah bermaharajalelaa serta banyak timbul kekacauan". Ditanyakan kepada Baginda SAW: "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan kekacauan?" Maka Rasul SAW menjawab: "Begini". Nabi SAW memberi isyarat dengan tangannya lalu mencondongkannya. Seakan yang dimaksudnya adalah pembunuhan.