Menjawab fatwa dengan isyarat tangan atau anggukan kepala

Matan

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ فِي حَجَّتِهِ فَقَالَ ذَبَحْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ فَأَوْمَأَ بِيَدِهِ قَالَ وَلَا حَرَجَ قَالَ حَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَذْبَحَ فَأَوْمَأَ بِيَدِهِ وَلَا حَرَجَ

Maksud Hadith

(BUKHARI - 82): Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami berkata, Ayyub telah menceritakan kepada kami daripada 'Ikrimah daripada Ibnu 'Abbas; bahawa Nabi SAW ditanya seseorang tentang haji yang dilakukannya, orang itu bertanya: "Aku menyembelih haiwan sebelum aku melontar jumrah". Beliau memberi isyarat dengan tangannya, yang maksudnya "tidak mengapa"."Dan aku mencukur sebelum menyembelih". Beliau memberi isyarat dengan tangannya yang maksudnya "tidak mengapa".