Butiran Hadith
Penjelasan fatwa atas kenderaan
Matan
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عِيسَى بْنِ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ بِمِنًى لِلنَّاسِ يَسْأَلُونَهُ فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ لَمْ أَشْعُرْ فَحَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَذْبَحَ فَقَالَ اذْبَحْ وَلَا حَرَجَ فَجَاءَ آخَرُ فَقَالَ لَمْ أَشْعُرْ فَنَحَرْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ قَالَ ارْمِ وَلَا حَرَجَ فَمَا سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ قُدِّمَ وَلَا أُخِّرَ إِلَّا قَالَ افْعَلْ وَلَا حَرَجَ
Maksud Hadith
(BUKHARI - 81) : Isma'il telah menceritakan kepada kami Malik telah menceritakan kepadaku daripada Ibnu Syihab daripada 'Isa bin Thalhah bin Ubaidillah daripada Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash; bahawa Rasulullah SAW berdiri di Mina ketika haji wada' manakala orang ramai bertanya kepada baginda. Lalu datanglah seseorang dan berkata: "Aku tidak sedar, ketika aku bercukur aku belum menyembelih." Maka Nabi SAW bersabda: "Sembelihlah, tidak menjadi kesalahan" Kemudian datang orang lain dan berkata: "Aku tidak tidak sedar, ketika berkorban aku belum melontar (jumrah) ". Nabi SAW bersabda: " tidak menjadi kesalahan ". Dan Nabi SAW tidak ditanya tentang sesuatu perkara sebelum dan sesudahnya kecuali beliau menjawab: " buatlah dan tidak menjadi kesalahan ".
Maklumat Hadith
Nombor Hadith
0
Koleksi
Bab
Perawi
Status Kesahihan
Tiada Status

