Butiran Hadith
Manisnya iman
Matan
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ.
Maksud Hadith
Muhammad bin al-Muthanna telah menceritakan kepada kami, beliau berkata: ‘Abd al-Wahhab al-Thaqafi telah menceritakan kepada kami, beliau berkata: Ayyub telah menceritakan kepada kami, daripada Abu Qilabah, daripada Anas bin Malik RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, dia akan merasakan kemanisan iman: Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain kedua-duanya; dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah; dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
Takhrij Hadis
أخرجه البخاري في صحيحه، كتاب الإيمان، باب حلاوة الإيمان، رقم (16)، ومسلم في صحيحه، كتاب الإيمان، باب بيان خصال من اتصف بهن وجد حلاوة الإيمان، رقم (43)
Maksudnya: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, Kitab al-Īmān, Bab Kemanisan Iman, no. 16. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Muslim dalam Ṣaḥīḥ Muslim, Kitab al-Īmān, Bab Penjelasan Sifat-sifat yang Apabila Dimiliki Seseorang Dia Akan Merasakan Kemanisan Iman, no. 43.
Rujukan
Al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismā‘īl. Al-Jāmi‘ al-Musnad al-Ṣaḥīḥ al-Mukhtaṣar min Umūr Rasūl Allāh SAW wa Sunanihi wa Ayyāmihi (Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), tahqiq Muṣṭafā Dīb al-Bughā. Beirut: Dār Ibn Kathīr, al-Yamāmah, cet. ke-3, 1407H/1987M, jld. 1, hlm. 14, no. hadis 16.
English Translation
Penghayatan Hadith
Asbab Alwurud (Sebab Terbitnya Hadith)
Maklumat Hadith
Nombor Hadith
16
Koleksi
Perawi
Status Kesahihan
Tarikh Penerbitan
20 Oct 2026, 8:58 AM

