Larangan "GHIBAH" bagi orang yang berpuasa

Matan

حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ قَالَ وَأَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ بِأَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَنَسٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Maksud Hadith

Telah menceritakan kepada kami Abu Musa Muhammad bin Muthanna telah meceritakan kepada kami 'Uthman bin Umar berkata, dan telah mengkhbarkan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b daripada Al Maqburi daripada ayahnya daripada Abu Hurairah bahwasanya Nabi SAW  bersabda: "Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan perkataan Zur (dusta) dan perbuatan Zur (maksiat) maka Allah tidak  lagi memerlukan dia meninggalkan makan minumnya  walaupun telah meninggalkan makan dan minumnya (tidak akan menerima puasanya) ". (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat ) daripada Anas. Abu 'Isa berkata, ini adalah hadith hasan sahih.