Butiran Hadith
Setiap kawasan mempunyai anak bulan / hilal tersendiri
Matan
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي حَرْمَلَةَ أَخْبَرَنِي كُرَيْبٌ أَنَّ أُمَّ الْفَضْلِ بِنْتَ الْحَارِثِ بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بِالشَّامِ قَالَ فَقَدِمْتُ الشَّامَ فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ هِلَالُ رَمَضَانَ وَأَنَا بِالشَّامِ فَرَأَيْنَا الْهِلَالَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ فَسَأَلَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ ثُمَّ ذَكَرَ الْهِلَالَ فَقَالَ مَتَى رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ فَقُلْتُ رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ أَأَنْتَ رَأَيْتَهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ فَقُلْتُ رَآهُ النَّاسُ وَصَامُوا وَصَامَ مُعَاوِيَةُ قَالَ لَكِنْ رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ يَوْمًا أَوْ نَرَاهُ فَقُلْتُ أَلَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ قَالَ لَا هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ لِكُلِّ أَهْلِ بَلَدٍ رُؤْيَتَهُمْ
Maksud Hadith
(TIRMIDZI - 629): Ali bin Hujr telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Harmalah telah menceritakan kepada kami Kuraib telah mengkhabarkan kepadaku bahawasanya Ummul Fadl mengutusnya untuk menemui Mu'awiyah di Syam untuk suatu keperluan, dia berkata, setelah tibanya saya di Syam dan selesai dengan keperluannya, tiba-tiba ternampak anak bulan/ hilal bulan Ramadhan, sedangkan aku berada di Syam. Kami melihatnya pada malam Jumaat kemudian saya kembali ke Madinah pada akhir bulan Ramadhan lantas Ibnu Abbas menyebutkan mengenai hilal, bila kamu semua melihat hilal? Saya menjawab, Kami melihatnya pada malam Jumaat, dia berkata, kamu melihatnya pada malam Jumaat? Saya menjawab, semua orang melihatnya, lalu mereka berpuasa, begitu juga dengan Mu'awiyah. Ibnu Abbas berkata lagi, akan tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu dan akan tetap berpuasa sampai hitungannya genap tiga puluh hari atau kami melihat hilal, saya bertanya, tidakkah kamu mengikut rukhyahnya Mu'awiyah dan puasanya, dia menjawab, tidak, akan tetapi beginilah Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami. Abu 'Isa berkata, hadith Ibnu Abbas merupakan hadith hasan sahih gharib dan diamalkan oleh para ulama dengan suatu kesimpulan hukum bahawa setiap kawasan memulai puasa berdasarkan rukhyahnya masing-masing.

