HADITH 33: ASAS PENGHAKIMAN DALAM ISLAM

Matan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ، لَادَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ لَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ» حَدِيثٌ حسن، رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ هَكَذَا، وَبَعْضُهُ فِي  الصَّحِيحَيْنِ.

رواه البيهقي في «السنن الصغير» (4/188)، كتاب الدعوى والبينات، باب: البينة على المدعي، واليمين على من أنكر، رقم (3386)، بهذا اللفظ.

وأخرجه البخاري في التفسير، رقم (1711)، ولفظه عند سورة آل عمران، باب قوله تعالى: ﴿إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ﴾ [آل عمران: 77]، رقم (4219).

وأخرجه مسلم في الأقضية، باب: اليمين على المدعى عليه. ولفظ مسلم: «لو يُعطى الناس بدعواهم، لادعى ناس دماء رجال وأموالهم، ولكن اليمين على المدعى عليه».

ولفظ البخاري: «... دماء قوم وأموالهم».

وفي رواية عندهما: أن رسول الله ﷺ قضى باليمين على المدعى عليه.

وأخرجه أصحاب السنن: أبو داود، رقم (3619)، والنسائي (8/248)، والترمذي، رقم (1343)، وابن ماجه وغيرهم، باختلاف في بعض الألفاظ.

Maksud Hadith

Daripada Sayidina Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya sesiapa sahaja dibenarkan tuntutannya berdasarkan dakwaan semata-mata, nescaya ramai orang akan menuntut harta orang lain dan balasan terhadap nyawa. Akan tetapi, pihak yang mendakwa mesti mengemukakan bukti dan pihak yang menafikan dakwaan pula mesti bersumpah”.

Hadith hasan. Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi RH dan imam yang lain seperti lafaz yang dinyatakan. Sebahagian lafaz hadith ini diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

 Takhrij al-Hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Saghir, Kitab al-Da‘wa wa al-Bayyinat (Kitab Dakwaan dan Bukti), bab “Bukti dikemukakan oleh pihak yang mendakwa dan sumpah dikenakan ke atas pihak yang mengingkari”, jilid 4, halaman 188, hadis nombor 3386, dengan lafaz tersebut.

Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam bahagian al-Tafsir, hadis nombor 1711. Ia juga disebut dalam tafsir Surah Ali ‘Imran, bab firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang membeli dengan harga yang murah akan janji Allah  [Surah Ali ‘Imran, ayat 77], hadis nombor 4219.

Hadis ini turut diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Aqdiyah (Kitab Kehakiman), bab “Sumpah dikenakan ke atas pihak yang didakwa”. Lafaz hadis menurut Muslim ialah:

“Sekiranya manusia diberikan hak berdasarkan dakwaan mereka semata-mata, nescaya ada orang yang akan mendakwa darah (nyawa) orang lain dan harta benda mereka. Akan tetapi, sumpah dikenakan ke atas pihak yang didakwa.”

Adapun lafaz al-Bukhari menyebut: “... darah (nyawa) sesuatu kaum dan harta benda mereka.”

Dalam satu riwayat yang diriwayatkan oleh kedua-duanya (al-Bukhari dan Muslim), disebut bahawa Rasulullah ﷺ memutuskan supaya sumpah dikenakan ke atas pihak yang didakwa.

Hadis ini turut diriwayatkan oleh para penyusun kitab Sunan, iaitu Abu Dawud (hadis nombor 3619), al-Nasa’i (8/248), al-Tirmidhi (hadis nombor 1343), Ibn Majah dan perawi-perawi lain, dengan sedikit perbezaan pada beberapa lafaz hadis.

English Translation


Penghayatan Hadith

1. Islam adalah agama yang mementingkan keadilan dalam segala urusan. Antara perkara yang amat dituntut ialah menegakkan keadilan dalam penghakiman.

2. Manusia sering dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan. Tarikan dunia menyebabkan mereka sanggup melakukan dakwaan palsu sehingga membabitkan nyawa yang tidak berdosa. 

3. Menurut Imam Ibn al-Mulaqqin, dakwaan semata-mata tidak akan diterima melainkan disertakan dengan bukti atau pengakuan orang yang dituduh. 

4.Pihak yang didakwa boleh mempertahankan diri dengan mengemukakan bukti yang menafikan keterlibatannya atau bersumpah menafikan tuduhan tersebut. 

5.Tanggungjawab seorang hakim adalah meneliti segala bukti dan pengakuan sumpah yang dilafazkan dalam proses penghakiman dengan penuh adil dan saksama.

Rujukan:

  1. Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf, dan Ibn Rajab al-Hanbali, ‘Abd al-Rahman bin Ahmad. Al-Arba‘un al-Nawawiyyah bersama Tambahan Ibn Rajab. Disunting oleh al-Syirbini bin Fa’iq al-Syirbini. Disemak dan diberikan kata pengantar oleh Mustafa bin al-‘Adawi, halaman 37 berdasarkan penomboran al-Maktabah al-Syamilah.
  2. Mustafa Dib al-Bugha dan Muhyiddin Mistu, al-Wafi fi Sharh al-Arba'in al-Nawawiyyah (Damsyik: Dar al-Mustafa li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, cetakan pertama, 1440H/2019M), hlm. 239.
  3. Al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husayn bin ‘Ali bin Musa Abu Bakr al-Bayhaqi. Al-Sunan al-Saghir. Tahqiq ‘Abd al-Mu‘ti Amin Qal‘aji. Karachi: Universiti Pengajian Islam, cet. 1, 1410H/1989M, jil. 4, hlm. 188, no. 3386.
  4. Ibn Daqiq al-‘Id, Abu al-Fath Muhammad bin ‘Ali (w. 702H). Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Penelitian dan penyediaan: Muwaffaq al-Syaikh. Beirut, Lubnan: Resalah Publishers, Marwan Daboul Publications, cetakan kedua, 1447H/2025M, halaman 100.


Asbab Alwurud (Sebab Terbitnya Hadith)